Sunday, February 24, 2008

Pendidikan Wuduk Mazhab Al–Shafii

  • 007
  • ISBN 978-983-52-0433-3
  • 213 muka surat
  • RM 27.00
  • Bidang Pengajian Islam, Islamic Education, Islamic Foundation in Practise, Islamic Study.



  • Buku ini mengupas tentang falsafah, metodologi, dan kurikulum lengkap hukum wuduk beristinbatkan dalil al–Quran, hadis, dan ijtihad para ulama al–shafii. Kekuatan dalil menjadi kerangka utama perbahasan agar keyakinan mantap terpadu dalam diri para pembaca untuk mengimplementasikan wuduk yang paling sempurna melalui penjagaan rukun, sunat, dan adab. Kesungguhan mempraktikkan wuduk yang sempurna seperti ini dapat menjadi pemangkin utama kepada penghayatan solat seterusnya mampu pula meningkatkan takwa dan pengabdian diri kepada Ilahi. Islam juga merupakan agama yang yang mudah, lengkap, dan anjal serta dinamik. Sehinggakan dalam soal pelaksanaan wuduk, kelonggaran diberikan kepada umatnya untuk mempraktikkan pakej wuduk mazhab lain ketika di tempat dan pada situasi yang khusus. Untuk tujuan itu, buku ini menyediakan kepada khalayak pembaca pakej wuduk mazhab Hanafi dengan dalil yang ringkas sebagai panduan.

    Buku ini sesuai sebagai rujukan, panduan, dan pegangan kepada para guru pendidikan Islam; para pelajar Islam di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi; para pensyarah; dan khalayak umat Islam yang cintakan kesempurnaan dalam berwuduk.


    KANDUNGAN
    Prakata
    Jadual Transliterasi
    Singkatan

    BAB 1 DEFINISI, KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN WUDUK
    Pendahuluan
    Definisi Wuduk
    Keutamaan dan Kelebihan Wuduk
    Rumusan

    BAB 2 SYARAT WUDUK
    Pendahuluan
    Syarat Wuduk
    Rumusan

    BAB 3 RUKUN WUDUK
    Pendahuluan
    Niat Wuduk
    Membasuh Muka
    Membasuh Tangan
    Menyapu Kepala
    Membasuh Kaki
    Tertib
    Rumusan

    BAB 4 SUNAT, MAKRUH, DAN HARAM DALAM WUDUK
    Pendahuluan
    Perkara Sunat Sebelum Berwuduk
    Perkara Sunat Ketika Sedang Berwuduk
    Perkara Sunat Selepas Berwuduk
    Perkara Makruh dan Haram dalam Wuduk
    Rumusan

    BAB 5 SEBAB HADAS
    Pendahuluan
    Definisi Hadas
    Sebab Berhadas
    Rumusan

    BAB 6 AMALAN YANG DIWAJIBKAN DAN DIGALAKKAN WUDUK
    Pendahuluan
    Amalan yang Diwajibkan Wuduk
    Amalan yang Digalakkan Wuduk
    Rumusan

    BAB 7 KEKANGAN WUDUK MAZHAB AL–SHAFII DAN PENYELESAIANNYA
    Pendahuluan
    Kekangan Wuduk Mazhab Al–Shafii
    Cadangan Penyelesaian
    Wuduk Mazhab Hanafi
    Rumusan

    BAB 8 FALSAFAH DAN METODOLOGI PENGAJARAN WUDUK
    Pendahuluan
    Falsafah Wuduk Rasulullah s.a.w
    Metodologi Wuduk Rasulullah s.a.w
    Rumusan

    Glosari
    Rujukan
    Indeks

    Biodata:

    Kamarul Azmi bin Jasmi pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam sebelum bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban daripada Universiti Malaya. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti buku, sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah menghasilkan dua buah karya berjudul Pendidikan Politik dan Khilafah Islam dalam Pelbagai Perspektif (penulisan bersama–2006) dan Pendidikan & Pembangunan Keluarga Cemerlang (penulisan bersama–2007) terbitan Penerbit UTM.

    Cara Mendapatkannya:
    1. Belian Buku dengan Diskaun 10% = RM24.30 (Tidak termasuk kos penghantaran)
    2. Belian Bab Buku dalam bentuk PDF = RM10.00 bagi setiap bab (Fail PDF akan dihantar melalui E-Mail)
    Berminat Sila Talipon = +60197477936 atau Email: kamarulazmi@gmail.com, kamarulazmi@hotmail.com

    No comments: