Penyelenggara: Yahaya Jusoh, Kamarul Azmi Jasmi- 2007
- ISBN 978-983-52-0421-0
- 136 muka surat
- RM 23.00
- Bidang Pengajian Islam, Islamic Study, Islamic Law, Kings and Rules, Aceh (Indonesia)-Politics and Goverment.
Buku ini ialah hasil tulisan transliterasi daripada manuskrip Majlis Aceh yang asal bertajuk Ma Bayyana al–Salatin yang bermaksud Perintah Segala Raja-Raja. Manuskrip ini telah disalin secara sempurna oleh Isma’il bapa Ahmad sekitar tahun 1231 H/1815 M. Manuskrip Perintah Segala Raja-Raja merupakan satu catatan penting yang membincangkan etika raja dan pengawai, salasiah raja-raja dan senarai pegawai kerajaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihat wujudnya percampuran adat dan Islam. Manuskrip ini juga menunjukkan betapa pengaruh Islam amat menyerlah termasuklah dalam sistem perdagangan. Apa yang pasti Perintah Segala Raja-Raja satu gambaran penting proses perkembangan dan pembangunan pemerintahan serta ketamadunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara khususnya kerajaan Melayu Aceh Darussalam.
Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin mengetahui dan mendalami proses perkembangan pemerintahan dan ketamadunan masyarakat dalam kerajaan Melayu Islam di Asia Tenggara.
KANDUNGANPrakata
Pendahuluan
Transliterasi
Singkatan
BAB 1 ETIKA RAJA DAN PEGAWAI
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuh
Kelapan
Kesembilan
Kesepuluh
Kesebelas
Keduabelas
BAB 2 SALASIAH RAJA-RAJA ACEH
Sejarah Salasiah
BAB 3 ADAT ISTIADAT RAJA ACEH
Istiadat Pengumuman Puasa
Istiadat Malam Laylat Al–Qadr
Istiadat Malam 27 Ramadan
Istiadat Sembahyang Hari Raya Puasa
Adat Istiadat Majlis Hari Raya
Adat Istiadat Raja Sembahyang Hari Raya Haji dan Korban
Istiadat Raja Sembahyang Jumaat
Istiadat Hulubalang Masuk Mengadap
Adat Istiadat Mandi Safar
BAB 4 PEGAWAI KERAJAAN ACEH
Hulubalang
Kejurung Tandil
Bentara
Penghulu Kurkun
Bentara Pidir
Hulubalang Pasai
BAB 5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERDAGANGAN
Undang-undang Perdagangan Sejak Zaman Iskandar Muda Johan
Glosari
Rujukan
Penyelenggara:
Yahaya bin Jusoh ialah pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 1986. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Sejarah dan Tamadun) dari Universiti Al–Azhar, Mesir; Ijazah Sarjana (Pengajian Islam) dari Universitu of Kent, United KIngdom; dan Ph.D (Tafsir) dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Jakarta. Beliau telah menghasilkan sebuah karya (penulisan bersama) berjudul Interaksi Harta dalam Al–Quran: Pengertian, Pengumpulan dan Pemanfaatan yang diterbitkan Penerbit UTM pada tahun 2005.
Kamarul Azmi bin Jasmi pernah berkhidmat sebagai guru pendidikan Islam sebelum bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban daripada Universiti Malaya. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan pendidikan Islam seperti sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumbangan beberapa bab dalam karya yang berjudul Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru, Krisis dan Konflik Institusi Keluarga, dan Hala Tuju Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya, semuanya telah diterbitkan pada tahun 2005 oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Untuk Tempahan dengan 10% Diskaun/Discount = RM20.70
Hubungi +60197477936
No comments:
Post a Comment