Pendidikan Politik dan Khilafah Islam dalam Pelbagai PerspektifPengarang: Yahaya Jusoh, Kamarul Azmi Jasmi
- 2006
- ISBN 983-52-0406-3
- 155 muka surat
- RM 24.00
- Bidang Pengajian Islam, Pendidikan Islam, Islamic Education & Islamic Study
Buku ini membincangkan tugas membentuk pemimpin dan rakyat dalam memahami, menghayati, dan mengaplikasikan agenda khilafah Islamiyyah, Pembentukan khilafah Islamiyyah berkait rapat dengan modal insan pemimpin dan rakyat dalam sesebuah negara. Sejauh mana cemerlangnya pembangunan pemimpin dan rakyat, sejauh itu kecemerlangan sesebuah negara dapat dicapai. Justeru, buku ini cuba menggarap kefahaman konsep asas khilafah Islamiyyah dan metodologi pembentukan negara Islam supaya pembaca memahami secara mendalam ciri–ciri khilafah Islamiyyah dan metodologi pembentukkannya. Selain itu, tugas pemimpin dan rakyat, model perjuangan politik dan bernegara serta cabaran dalam mendaulatkan khilafah Islamiyyah juga dibincangkan secara ilmiah. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sama ada sebagai pemimpin atau rakyat agar mereka lebih bijaksana, dinamik dan berwawasan dalam perjuangan menegakkan khilafah Islamiyyah.
Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin memahami pendidikan dan pendidikan khilafah Islamiyyah dalam dunia Islam.
KANDUNGAN
Prakata
Transliterasi
Singkatan
1. Definisi Khalifah dalam al–Quran
Pendahuluan
Pentafsiran Makna Khalifah dalam al–Quran
Pentafsiran Makna Kekhalifahan di Bumi
Kesimpulan
2. Shurã: Peranannya dalam Pemerintahan
Pendahuluan
Pentafsiran Makna Shura dalam al–Quran
Syura dalam Konteks Organisasi dan Pentadbiran
Model Syura Rasulullah s.a.w.
Model Syura Khulafã’ al–Rãshidin
Kesimpulan
3. Kerajaan Adil dan Beramanah
Pendahuluan
Definisi
Konsep Kerajaan dalam Islam
Kesimpulan
4. Pembentukan khilãfah Islãmiyyah dengan Jalan Kenabian
Pendahuluan
Janji Rasulullah s.a.w. tentang khilãfah Islãmiyyah Selepasnya
Ciri Pejuang yang Layak Mendapatkan Khilãfah
Ciri Pejuang Agama Allah S.W.T.
Kesimpulan
5. Tugas Asasi Khalifah Islam
Pendahuluan
Menegakkan Keadilan
Menjaga Kebajikan Rakyat
Menyayangi Rakyat
Menegakkan Syariat Allah S.W.T.
Membimbing Rakyat ke Jalan Kebaikan
Menunjukkan Contoh Teladan yang Baik
Memandu Manusia dalam Urusan Keagamaan dan Keduniaan
Menjaga Hubungan Baik dengan Masyarakat Bukan Muslim (Zimmi)
Kesimpulan
6. Mendidik Diri Menjadi Rakyat yang Baik
Pendahuluan
Prinsip Ketaatan Rakyat
Hukum Mentaati Pemerintah Muslim
Bila Arahan Pemerintah yang boleh Diingkari?
Kesimpulan
7. Menghayati Perjuangan Al–Ikhwãn Al–Muslimun
Pendahuluan
Zaman Pembentukan dan Pertumbuhan
Zaman Aktiviti Politik dan Perkembangan
Zaman Perkembangan Sebelum Revolusi
Kesimpulan
8. Kemunduran dan Kehancuran Bani Umayyah
Pendahuluan
Faktor Kemunduran dan Kehancuran
Kesimpulan
9. Khilãfah Fãtimiyyah dan Zaman Kemajuannya
Pendahuluan
Pembentukan Khilãfah Islamiyah
Kemajuan Fãtimiyyah di Mesir
Kesimpulan
10. Perjuangan Menegakkan Perlembagaan Islam: Pengalaman Pakistan
Pendahuluan
Pembentukan Konstitusi Pertama Pakistan
Pembentukan Konstitusi Kedua Pakistan
Pembentukan Pakistan People’s Party
Pemerintahan Zia al–Haq
Pemerintahan Selepas Zia al–Haq
Kesimpulan
GLOSARI
RUJUKAN
INDEKS
Yahaya bin Jusoh ialah pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 1986. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Sejarah dan Tamadun) dari Universiti Al–Azhar, Mesir; Ijazah Sarjana (Pengajian Islam) dari Universitu of Kent, United KIngdom; dan Ph.D (Tafsir) dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Jakarta. Beliau telah menghasilkan sebuah karya (penulisan bersama) berjudul Interaksi Harta dalam Al–Quran: Pengertian, Pengumpulan dan Pemanfaatan yang diterbitkan Penerbit UTM pada tahun 2005.
Kamarul Azmi bin Jasmi pernah berkhidmat sebagai guru pendidikan Islam sebelum bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban daripada Universiti Malaya. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan pendidikan Islam seperti sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumbangan beberapa bab dalam karya yang berjudul Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru, Krisis dan Konflik Institusi Keluarga, dan Hala Tuju Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya, semuanya telah diterbitkan pada tahun 2005 oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tempahan dengan Discount 10% = RM21.60
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
No comments:
Post a Comment