Monday, February 25, 2008

Pembaharuan dalam Dunia Islam

Pengarang: Kamarul Azmi Jasmi

SINOPSIS

Pembaharuan dalam dunia Islam sama ada perjuangan membentuk Masyarakat Madani atau menegakkan Islam Hadhari seharusnya tidak lari daripada landasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan ajaran al–Quran. Konsep Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Bertitik tolak daripada agenda pembaharuan Islam sejak zaman berzaman, buku ini cuba mengupas secara tuntas pembaharuan yang berlaku dalam sejarah Islam merentas aspek sejarah, definisi tajdid dan islah serta ciri asas pembaharuan Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, perbincangan juga tertumpu tentang sejarah dan perjuangan hidup, idea serta pemikiran yang dibawa oleh tiga tokoh penting pembaharuan Islam, iaitu Muhammad ibn ‘Abd al–Wahhab, Muhammad ‘Abduh dan Hassan al–Banna. Walaupun terdapat kebaikan daripada pembaharuan yang pernah mereka perjuangkan, namun wujud polemik yang mengundang pergeseran antara pengikut tokoh pembaharuan ini dengan golongan arus perdana. Justeru, penulis membincangkan polemik tersebut dengan memberi penekanan kepada bidaah dan konsep pegangan terhadap mazhab.

Buku ini diharap dapat dijadikan wadah panduan dan pedoman kepada umat Islam khususnya ibu bapa, guru, pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi serta para pelajar di peringkat sekolah menengah di Malaysia.

KANDUNGAN
Prakata
Transliterasi
Singkatan

BAB 1 ISLAM DAN PERUBAHAN ZAMAN
Pengenalan
Zaman Rasulullah s.a.w.
Zaman Khulafa’ al–Rashidin hingga pertengahan abad ke–4 H
Zaman pertengahan abad ke–4 H hingga pertengahan abad ke–7 H
Zaman abad ke–7 H hingga zaman penjajahan Barat
Zaman pembaharuan Islam
Rumusan

BAB 2 TAJDID DAN ISLAH
Pengenalan
Definisi dari segi bahasa dan istilah
Definisi menurut al–Quran dan sunnah
Rumusan

BAB 3 CIRI KHUSUS GERAKAN PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKAN
Pengenalan
Dakwah ketuhanan
Tidak mengharapkan ganjaran dunia
Keikhlasan beragama dan beribadat
Sederhana dalam dakwah
Jelas matlamat dan tujuan dakwah
Zuhud dan mengutamakan akhirat
Dakwah tauhid dan keimanan kepada alam ghaib
Rumusan

BAB 4 PENGARUH DAKWAH MUHAMMAD IBN ‘ABD AL–WAHAB
Pengenalan
Riwayat hidup
Ringkasan pegangan dan pemikiran
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh dakwah di Malaysia
Rumusan

BAB 5 PENGARUH PEMBAHARUAN MUHAMMAD ‘ABDUH
Pengenalan
Latar belakang
Faktor pendorong
Gagasan pembaharuan ‘Abduh
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh Pemikiran ‘Abduh di alam Melayu
Rumusan

BAB 6 IDEA DAN PENGARUH PEMIKIRAN HASSAN AL–BANNA
Pengenalan
Riwayat hidup
Situasi masyarakat Mesir
Idea dan gerakan
Idea pembaharuan
Persepsi umum
Pengaruh al–Banna di alam Melayu
Rumusan

BAB 7 BIDAAH: DEFINISI DAN DALIL
Pengenalan
Definisi Bidaah
Dalil wujud bidaah hasanah
Rumusan

BAB 8 SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT
Pengenalan
Pendapat imam mazhab empat
Solat sunat Jumaat satu syariat
Rumusan

BAB 9 TAHLIL DAN DOA ARWAH
Pengenalan
Sejarah dan kandungan tahlil
Hidangan selepas kematian
Doa dan hadiah pahala kepada arwah
Rumusan

BAB 10 SAMBUTAN MAULID AL–RASUL
Pengenalan
Sejarah
Hukum
Dalil penyokong maulid
Dalil penentang maulid
Jawapan terhadap golongan penentang
Rumusan

BAB 11 KEPENTINGAN MAZHAB KEPADA UMAT ISLAM
Pengenalan
Definisi dan sejarah mazhab
Kepentingan bermazhab
Tujuan bermazhab
Ijtihad dalam mazhab
Taklid
Talfiq dan mencari kemudahan
Rumusan

Glosari
Rujukan
Indeks

BIODATA

Kamarul Azmi Jasmi ialah pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban (Pendidikan Islam) dari Universiti Malaya. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti buku, sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Beliau juga telah menghasilkan empat buah karya berjudul Pendidikan Politik dan Khilafah Islam dalam Pelbagai perspektif (penulisan bersama – 2006), Pendidikan & Pembangunan Keluarga Cemerlang (penulisan bersama – 2007), Pendidikan Wuduk Mazhab al–Shafii (2007), dan Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (penulisan bersama – 2007). Kesemua karya ini diterbitkan oleh Penerbit UTM.

Harga selepas Diskaun 10% = RM22.50
Berminat sila hubungi:
  1. H.Phone: +60197477936
  2. E.Mail: kamarulazmi07@gmail.com atau kamarulazmi@hotmail.com

No comments: