Pengarang: Kamarul Azmi Jasmi, Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom- 2007
- ISBN 978-983-52-0425-8
- 165 muka surat
- RM 25.00
- Bidang Pengajian Islam, Family Education, Parenting-Religious Aspects-Islam, Family-Religious Aspects-Islam, Family Life Education.
Buku ini mengandungi perbincangan umum yang menyentuh pelbagai isu pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang daripada perspektif Islam dari peringkat kanak-kanak sehingga mencapai usia warga emas. Perbahasan utama buku ini melibatkan kepada pembangunan keperibadian insan soleh yang berteraskan kepada akhlak terhadap Allah s.w.t dan adab kehidupan Rasulullah s.a.w. Kedua-dua aspek ini merupakan asas pembentukan individu dinamik yang menjadi pencetus kepada pembentukan keluarga yang bahagia dan harmoni kerana mereka memainkan peranan sebagai anak, ibu dan bapa yang cemerlang. Tidak dinafikan wanita merupakan penyumbang utama kepada kecemerlangan sesebuah keluarga. Justeru, huraian yang lebih mendalam melalui garapan al-Quran dan hadis diutarakan bagi memberi panduan wanita khususnya kepada wanita profesional untuk berperanan sebagai ibu yang cemerlang sekalipun mereka berkerjaya.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh pelajar, pensyarah, penceramah, bakal suami dan isteri, bakal ibu dan bapa, ibu bapa, pembuat dasar serta pembaca umum dalam usaha melahirkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang.
KANDUNGAN
Prakata
Singkatan
BAB 1 PENDIDIKAN AKHLAK: ASAS PEMBANGUNAN INSAN
Pengenalan
Pendidikan Melalui Pemikiran
Pendidikan Melalui Hati
Pendidikan Melalui Perbuatan
Kesimpulan
BAB 2 ADAB KEHIDUPAN RASULULLAH ASAS PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN
Pengenalan
Kepentingan Adab Kehidupan Rasulullah
Hubungan Pendidikan Ketika Kanak-kanak dan Dewasa
Tahap Adab Kehidupan Rasulullah di Kalangan pelajar IPT
Kaedah Penerapan
Kesimpulan
BAB 3 PENDIDIKAN ASAS RUMAH TANGGA RASULULLAH
Pengenalan
Peranan Suami Soleh
Peranan Isteri Solehah
Perbelanjaan untuk Keluarga dan Kerabat
Menyayangi dan Memberi Didikan kepada Anak
Berbakti kepada Ibu Bapa
Menjaga Hubungan dengan Kerabat, Kawan Ibu Bapa dan Kawan Isteri
Kesimpulan
BAB 4 PERANAN IBU DALAM PENDIDIKAN KELUARGA
Pengenalan
Pendidikan dengan Kasih Sayang
Pendidikan Anak Lelaki dan Perempuan
Panggilan dan Harapan untuk Anak
Perhatian Terhadap Perkembangan Anak
Kesimpulan
BAB 5 WANITA PROFESIONAL: ANTARA RUMAH TANGGA DENGAN KERJAYA
Pengenalan
Kebahagiaan Hidup Berumahtangga
Garis Panduan Keluar Bekerja
Keseimbangan antara Kerjaya dengan Rumah Tangga
Kesimpulan
BAB 6 WARGA EMAS DAN KEDUDUKANNYA DALAM ISLAM
Pengenalan
Warga Emas dalam Islam
Gaya Hidup Warga Emas dalam Islam
Kesimpulan
Glosari
Rujukan
Indeks
BIODATA PENULIS
Kamarul Azmi bin Jasmi pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam sebelum bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban dari Universiti Malaya. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti buku, sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah menghasilkan dua buah karya (penulisan bersama) berjudul Pendidikan Politik dan Khilafah Islam dalam Pelbagai Perspektif (2006) serta Perintah Segala Raja-raja (Majlis Aceh) (2007) yang diterbitkan oleh Penerbit UTM.
Siti Fauziyani binti Md. Saleh @ Masrom berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah, Selangor. Beliau merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Beliau aktif dalam aktiviti penulisan kertas kerja dan bidang pendidikan kekeluargaan di beberapa persidangan peringkat kebangsaan. Antara kertas kerja yang telah dibentangkan termasuklah Pembentukan Tatacara Kehidupan Beradab: Keperluan Asas Pendidikan Kanak-kanak Islam (2004), Jenayah Sumbang Mahram: Perkembangan dan Faktor-faktor Penyebarannya (2004), Kecemerlangan Wanita Profesional mengimbangi Tugas Rumah tangga dan Kerjaya: Perspektif Islam (2005) dan Mengeratkan Hubungan Suami dan Isteri Melalui Amalan Komunikasi Rasulullah s.a.w. (2006).
Berminat untuk mendapatkannya selepas Diskaun 10% = RM22.50 (Harga tidak termasuk kos penghantaran)
Sila hubungi:
- Handphone: +60197477936
- Email: kamarulazmi07@gmail.com atau kamarulazmi@hotmail.com
No comments:
Post a Comment